Cari @ Amanz

Awal Oktober yang lalu, hampir 50 juta maklumat pelanggan perkhidmatan telefon mudah alih tertiris ke atas talian. Laman Lowyat.net mendedahkan terdapat pihak yang cuba menjual pangkalan data ini menerusi forum mereka. Bebenang tersebut dipadamkan dan pendedahan Lowyat.net ini telah menimbulkan kemarahan pengguna.

Hari ini Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari mengesahkan data yang tertiris adalah data dari tahun 2014 dan bukannya yang terkini. Pihak berwajib mengambil keterangan dari pengendali laman Lowyat.net, Jobstreet.my, syarikat telekomunikasi, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan kesemua inndividu yang dapat membantu siasatan bagi mencari dalang di sebalik kebocoran maklumat terbesar yang pernah dilaporkan di Malaysia.

Diharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan mereka yang bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan. Perkongsian maklumat peribadi bukan sahaja menjengkelkan kerana penerimaan mesej SPAM ke peranti tetapi boleh mengakibatkan pencurian identiti oleh pihak yang berniat jahat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd