Cari @ Amanz

Honor Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar nirbingkai terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Honor 7X.

Honor 7X

Honor 7X merupakan telefon pintar yang menggunakan skrin 5.93-inci dengan paparan pada nisbah 18:9. Ia dijana menggunakan cip Kirin 659, memori sehingga 4GB RAM dan storan 64GB. Peranti ini menggunakan kamera 16-megapixel dan juga 2-megapixel di belakang, sementara menggunakan kamera 8-megapixel untuk rakaman selfie.

Honor 7X masih menggunakan port pengecasan berasaskan mikro-USB, serta dilengkapi bateri berkapasiti 3340mAh. Honor turut menekankan yang mana peranti ini hadir dengan rekaan yang boleh kukuh, dan ia kekal boleh digunakan tanpa risau ia terjatuh dan sebagainya.

Honor 7X

Di Malaysia, Honor 7X akan dijual bermula daripada 22 Disember ini pada harga RM1099. Pada masa yang sama, Honor Malaysia turut mengatakan mereka akan menawarkan Honor 7X berwarna hitam khusus untuk para peminat pada harga RM999 pada 18 Disember ini melalui Lazada dan VMall antara pukul 3 petang ke 4 petang.

Honor 7X

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd