Cari @ Amanz

Pesawat supersonik komersial kali terakhir beroperasi pada tahun 2003. Perkhidmatan Concorde dihentikan kerana tragedi Air France 4590 dan pesawat yang telah terlalu berusia. Kini minat untuk menghasilkan pesawat penumpang supersonik kembali bagi memenuhi keperluan penumpang yang ingin tiba ke destinasi dengan pantas. Antara yang sedang dibangunkan ialah Boom dan QueSST NASA.

Pada waktu yang sama pembangunan jet peribadi supersonik juga dibangunkan secara selari bagi memenuhi golongan elit. Lockheed Martin dan Aerion telah mengumumkan kerjasama untuk menghasilkan jet peribadi supersonik pertama. Aerion telah memulakan usaha membina jet peribadi Aerion AS2 yang dilengkapi tiga enjin sejak 2014.

Dengan kerjasama Lockheed Martin, proses pembangunan dari dipertingkatkan kerana pengalaman Lockheed yang sebelum ini menghasilkan SR-71 Blackbird yang mampu mencecah Mach 3.3.Kedua-dua syarikat berharap akan dapat melakukan penerbangan ujian menjelang 2023.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd