Cari @ Amanz

Fitbit pada tahun ini akhirnya telah memperkenalkan jam tangan pintar yang pertama, iaitu Fitbit Ionic. Kini, jam tangan pintar berkenaan turut dilihat telah mula dijual di Malaysia.

Fitbit Ionic hadir dengan rekaan empat-segi 1.42-inci, skrin berwarna, serta menawarkan rekaan sedikit seumpama Blaze sebelum ini. Ia turut menyertakan sokongan storan 2.5GB, serta masa bateri selama 4 hari lamanya.

Fitbit Ionic

Fitbit Ionic juga turut menyertakan ciri-ciri kecergasan – seperti pemantauan denyutan nadi, serta memantau anda ketika berenang. Pengguna turut boleh memasang aplikasi tambahan pada jam tangan pintar ini.

Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM1399 – sekaligus memberikan anda lebih pilihan untuk jam tangan pintar – selain Apple Watch, Gear Sport, dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd