Cari @ Amanz

Tenaga Nasional sedia mempunyai pegangan pada Fibrecomm yang menggunakan rangkaian transmisi elektrik TNB untuk komunikasi fiber optik. Kini, selain daripadanya, mereka terus mengukuhkan kedudukan dalam arena telekomunikasi dengan mengambil-alih Setia Haruman Technology Sdn Bhd (SHTech).

Untuk makluman, SHTech sebelum ini telah melancarkan perkhidmatan mereka di Cyberjaya, menawarkan rangkaian internet berkelajuan mencapai 1Gbps pada harga hanya RM399 sebulan.

Cyberjaya Broadband

Tenaga Nasional mengambil-alih 100% pegangan pada Setia Haruman Technology Sdn Bhd pada harga mencapai RM28 juta ringgit.

Menurut TNB, melalui inisiatif strategik ini mereka akan mengukuhkan lagi kedudukan dalam arena teknologi, termasuk menawarkan perkhidmatan baru seperti meter pintar, rumah pintar, bangunan pintar, dan bandar pintar.

Buat masa ini, perkhidmatan Cyberjaya Broadband di bawah Setia Haruman Technology masih ditawarkan seperti biasa – membolehkan anda mendapatkan perkhidmatan 100Mbps pada RM129, 500Mbps pada RM259 dan 1Gbps pada harga RM399.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd