Cari @ Amanz

Samsung dan Apple mempunyai hubungan yang amat kompleks di dalam dunia teknologi. Mereka saling saman menyaman tetapi masih memerlukan di antara satu sama lain untuk terus beroperasi. Menurut laporan media Korea Selatan, jualan iPhone X bakal menyumbang sehingga $22 bilion (RM 89 bilion).

Ini adalah kerana Apple dijangka memesan di antara 180-200 juta panel OLED untuk skrin iPhone X tahun hadapan. Tahun ini sahaja mereka dilaporkan telah memesan 50 juta panel dari Samsung. Setiap panel dianggarkan dibekalkan pada harga $110 (~RM 448) sebuah. Ini bersamaan dengan keuntungan di antara $19.8-$22 bilion (~RM 81-89 bilion) kepada gergasi Korea ini.

Samsung ialah pengeluar panel OLED terbesar dengan kualiti terbaik di dunia. Pesaing terdekat mereka LG tetapi seperti yang dilihat pada Pixel 2 XL, mempunyai masalah tuna-skrin yang masih belum berjaya diselesaikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd