Cari @ Amanz

Pesawat dengan sistem sendeng membolehkannya terbang secara menegak sebelum berubah seperti transformers untuk penerbangan secara mendatar. Buat masa ini hanya Bell V-22 Osprey mampu melakukan dua mod penerbangan yang unik ini. Ia kelak akan mempunyai saudara baru dalam bentuk Bell V-280 Valor. Valor berjaya melakukan penerbangan sulung selama 30 saat dua hari yang lalu.

Valor dibangunkan di bawah program Joint Multi-Role Technology Demonstrator (JMR-TD) yang turut di bawah inisiatif Future Vertical Lift (FVL). Pesawat dengan kipas sendeng ini akan bertarung dengan Sikorsky-Boeing SB>1 yang diperlihatkan pada April yang lalu.

Kedua-dua pesawat memilih konfigurasi kipas yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama untuk memberikan pesawat VTOL kelajuan yang lebih tinggi berbanding helikopter konvensional. Di atas kertas anggota tentera boleh memasuki dan keluar ke ruang misi dengan lebih pantas menggunakan pesawat FVL di masa hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd