Pengecasan Tanpa Wayar Jarak Jauh WattUp Semakin Hampir Menjadi Realiti

Pengecasan Tanpa Wayar Jarak Jauh WattUp Semakin Hampir Menjadi Realiti

Diterbitkan pada Dis 27, 2017 oleh .

Sistem pengecasan tanpa wayar jarak jauh WattUp kali pertama kami laporkan kewujudannya pada tahun 2014. Melalui sistem ini, pelbagai peralatan elektrik di dalam lingkungan 15 kaki dari pemancar RF WattUp boleh dicas secara tanpa wayar. Ini menjadikannya pengecas tanpa wayar sebenar kerana tidak memerlukan sentuhan fizikal dengan pengecas kerana hanya memerlukan cip khas terbina di dalam peranti.

Selepas diuji selama beberapa tahun, WattUp kini telah menerima pensijilan dari pihak FCC Amerika Syarikat. Menurut laporan Edgadget, sistem WattUp yang diluluskan FCC ini mampu mengecas yang di dalam lingkungan 3 kaki (92 cm) dari pemancar pengecas.

Teknologi WattUp akan mengubah bagaimana peranti di cas di masa hadapan. Masalah tidak mempunyai pengecas atau kekurangan palam akan menjadi sejarah silam.


TIPS & ULASAN