Xperia XA2 Ultra Dan Xperia L2 Yang Masih Belum Diumumkan Melepasi Pengesahan Sirim

Xperia XA2 Ultra Dan Xperia L2 Yang Masih Belum Diumumkan Melepasi Pengesahan Sirim

Diterbitkan pada Dis 29, 2017 oleh .

Seringkali sesuatu telefon pintar akan melepasi pengesahan Sirim terlebih dahulu sebelum ia dijual secara rasminya di Malaysia. Menariknya, kini dua peranti baru melepasi Sirim daripada pihak Sony Mobile – dan menariknya adalah kedua-dua peranti yang tersenarai ini adalah peranti yang masih belum diumumkan secara rasminya.

Dua peranti baru yang melepasi Sirim ini adalah Xperia XA2 Ultra dan juga Xperia L2. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kedua-dua peranti ini akan dilancarkan secara rasminya.

Xperia Baru

Xperia XA2 Ultra dijangka akan meneruskan legasi Xperia XA1 Ultra dan menawarkan skrin dan bateri yang besar.

Xperia L2 pula dijangka akan menjadi kemaskini kepada Xperia L1 sebelum ini – yang mana menawarkan kepada penawaran beberapa ciri-ciri Sony tetapi pada harga lebih mampu milik.

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuk kedua-dua peranti ini masih tidak diketahui. Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenainya menjelang CES 2018 atau MWC 2018 kelak.


TIPS & ULASAN