Cari @ Amanz

Apple hari ini telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf disebabkan tidak berterus terang berkaitan dengan pengoptimasian telefon pintar untuk bateri lama. Lanjutan daripadanya, kini pihak Apple Malaysia turut berkongsi harga gantian semula bateri untuk pengguna tempatan.

Menurut Apple, buat masa ini, harga tanpa diskaun adalah RM369 untuk gantian semula bateri pada iPhone. Dibawah harga promosi yang dijangka ditawarkan bermula penghujung Januari 2018 sehingga penghujung 2018 kelak, Apple akan menawarkannya pada harga RM129 untuk tukar ganti bateri.

Harga diskaun ini dijangka diberikan untuk iPhone 6 dan terkini. Pihak Apple bakal berkongsi lanjut mengenai program ini melalui laman rasmi mereka pada lewat hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd