Ini Adalah Rekabentuk Laman Pemuka Maybank2U Yang Baru

Ini Adalah Rekabentuk Laman Pemuka Maybank2U Yang Baru

Diterbitkan pada Dis 29, 2017 oleh .

Pada minggu lepas, kami telah berkongsi yang mana Maybank sedang menguji rekabentuk Maybank2U yang serba baru dan lebih moden berbanding pada hari ini. Rekaan baru ini dijangka akan diperkenalkan pada awal 2018 kelak, tetapi telah mula diuji secara dalaman oleh para pekerja Maybank buat masa ini.

Rekaan baru ini dilihat selari dengan rekaan aplikasi mudah-alih Maybank yang telah diperkenalkan pada tahun ini. Disamping itu, beberapa ciri-ciri baru turut disertakan pada web Maybank baru ini, termasuk kebolehan untuk mengetahui apakah akaun yang kerap anda pindahkan wang atau bayar – dan seterusnya memudahkan anda membuat pembayaran pada masa akan datang.

Maybank2u

Maybank2U Web

Maybank2U Web

Menurut apa yang kami difahamkan, Maybank2U juga dijangka akan memudahkan lagi urusan membuat pinjaman, atau simpanan berbanding sebelum ini.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai rekabentuk baru Maybank2U ini seawal Januari 2018 kelak. Selain daripada rekaan web baru, Maybank juga dijangka akan memperkenalkan Maybank QRPay secara rasminya pada Januari 2018 kelak.


TIPS & ULASAN