Cari @ Amanz

Maybank sebelum ini telah memperkenalkan nafas baru untuk aplikasi mudah-alih mereka dengan rekaan yang lebih moden, serta sejumlah ciri-ciri menarik. Kini, selain pada versi aplikasi mudah-alih, Maybank juga telah memulakan ujian rekabentuk antaramuka baru untuk Maybank2U versi web.

Maybank2U baru ini masih diuji diperingkat dalaman dikalangan para pekerja Maybank terlebih dahulu. Rekaan yang dibawakan dilihat selari dengan rekaan aplikasi mudah-alih baru mereka – memberikan pengalaman yang lebih moden, termasuk sejumlah ciri-ciri untuk diakses dengan mudah.

Maybank2u

Halaman utama sendiri memfokuskan kepada log masuk, dengan pengguna boleh memasukkan nama pengguna dan mengakses halaman perbankan mereka serta merta. Kami turut difahamkan yang mana ia turut menyertakan sejumlah ciri-ciri pintar dalam memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Buat masa ini, info lanjut mengenainya masih samar-samar lagi. Ia dikatakan Maybank mungkin memperkenalkan antaramuka baru laman perbankan popular mereka ini seawal Januari 2018 kelak.

Selain daripada antaramuka laman yang baru, Maybank juga kini sedang menguji Maybank QRPay dikalangan pekerja mereka di Menara Maybank.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd