Panasonic Memperlihatkan Eksorangka Terbaru Untuk Kegunaan Industri Pembinaan

Panasonic Memperlihatkan Eksorangka Terbaru Untuk Kegunaan Industri Pembinaan

Diterbitkan pada Dis 29, 2017 oleh .

Panasonic telah membangunkan teknologi eksorangka sejak 2003. Atoun ialah anak syarikat mereka yang menghasilkan pelbagai kerangka untuk tujuan industri. Mereka telah melancarkan eksorangka baru yang lebih ringan berbanding model-model terdahulu.

Atoun Model Y mempunyai berat 4.4 kilogram dan membantu mengangkat beban menerusi pemasangan pada bahagian pinggang. Dengan eksorangka ini, pekerja industri pembinaan dan rumah orang tua dapat mengangkat beban yang lebih berat dari kemampuan fizikal pemakai tanpa risiko kecederaan tulang belakang.

Harga jualan masih belum diumumkan walaupun pesanan sudah dibuka sejak 21 Disember yang lalu. Pihak Panasonic telah menandatangani memorandum dengan Gammon Contstruction Limited bagi menggunakan 10 eksorangka ini di tapak pembinaan untuk ujian penilaian.

Di Malaysia Atoun Model Y mungkin boleh digunakan di gudang bagi mengelakkan berita pelatih industri mengalami kesakitan tulang belakang kerana terlalu banyak mengangkat kotak.


TIPS & ULASAN