Microsoft Surface Laptop Akan Hadir Ke Malaysia Pada Harga Bermula RM4499

Microsoft Surface Laptop Akan Hadir Ke Malaysia Pada Harga Bermula RM4499

Diterbitkan pada Jan 3, 2018 oleh .

Microsoft pada tahun lepas telah memperkenalkan Windows 10 S, dan bersama-sama dengannya mereka turut mengumumkan komputer riba terbaru dikenali dengan nama Surface Laptop. Kini, nampaknya komputer riba berkenaan turut akan memasuki pasaran tempatan pada Februari 2018 kelak.

Surface Laptop

Microsoft Malaysia buat masa ini telah mula mengambil pra-tempahan untuk Microsoft Surface Laptop yang hadir dalam beberapa pilihan variasi berbeza – bermula yang menggunakan Intel Core i5, 4GB RAM dan juga 128GB SSD pada harga RM4499.

Empat variasi ditawarkan, dan paling berharga tinggi adalah RM10,029 untuk model Intel Core i7, 16GB RAM dan juga 512GB SSD.

Surface Laptop

Surface Laptop

Komputer riba ini dilengkapi skrin 13.5-inci dengan nibsha skrin 3:2, dan menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 14.5 jam lamanya. Ia hadir dengan Windows 10 S, tetapi pengguna boleh naik-taraf ke versi Windows 10 penuh dengan mudah.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh tandakan kalendar anda, dan membuat pra-tempahan untuk Surface Laptop ini bermula 10 Januari 2018 kelak.

Pra-Tempah : Microsoft Surface Laptop


TIPS & ULASAN