Cari @ Amanz

Sejak mula menggunakan Spotify empat tahun yang lalu kami tidak lagi membeli album fizikal. Menstrim muzik kegemaran dari telefon pintar lebih mudah berbanding membawa cakera padat ke dalam kereta. Ia juga jauh lebih selamat dan halal berbanding memuat turun MP3 secara haram. Namum kini Spotify pula disaman kerana melanggar hak cipta lagu.

Wixen Music Publishing yang memegang lesen hak cipta untuk lagu dari The Doors, Zach De La Rocha, Tom Petty dan beberapa lagi artis lain. Mereka mendakwa Spotify gagal mendapatkan lesen untuk menstrim  lagu pemuzik-pemuzik ini serta gagal memberikan bayaran royalti. Oleh itu mereka mahu meminta bayaran ganti rugi sebanyak $1.6 bilion (~RM 6.43 bilion)  dari Spotifty. Spotify masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai sama yang difailkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd