Cari @ Amanz

Perkhidmatan penstriman muzik popular Spotify memulakan tahun ini dengan pengumuman mereka kini mempunyai 70 juta pelanggan berbayar. Angka ini ialah peningkatan sekitar 10 juta pelanggan berbayar berbanding pertengahan tahun 2017.

Jumlah keseluruhan pengguna pula ialah 140 juta. Pencabar terdekatnya Apple Music mempunyai 30 juta pengguna berbayar pada pertengahan tahun lalu. Apple masih belum berkongsi maklumat mengenai jumlah pengguna semasa. Ini ialah berita positif yang diperlukan oleh Spotify selepas semalam kami melaporkan mereka berhadapan saman mencecah $1.5 bilion kerana didakwa menstrim muzik tanpa kebenaran pemilik harta intelek.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd