Touch ‘n Go Menerima Kebenaran Bank Negara Untuk Perkhidmatan Dompet Digital

Touch ‘n Go Menerima Kebenaran Bank Negara Untuk Perkhidmatan Dompet Digital

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

Sejumlah syarikat telah menerima kebenaran daripada pihak Bank Negara Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan dompet digital di Malaysia, dan kini menambah pada senarai berkenaan adalah pihak Touch ‘n Go.

Perkhidmatan dompet digital ini akan diuruskan oleh TNG Digital, iaitu salah satu syarikat usahasama diantara pihak Touch ‘n Go dan juga Ant Financial Group.

Melalui dompet digital daripada Touch ‘n Go ini kelak, ia akan menggunakan kod QR untuk pelbagai transaksi – termasuk untuk beli-belah atas talian, pembayaran bil, pembayaran di kedai, dan juga pemindahan wang antara pengguna.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan berkenaan bilakah dompet digital atau e-dompet daripada Touch ‘n Go ini akan beroperasi.


TIPS & ULASAN