Peratusan Penggunaan Android Oreo Kini Di Tahap 0.7%
January 9, 2018
Google
Effi Saharudin
Tahun baru menjelma dan peratusan penggunaan beberapa versi Android dikongsi sekali lagi oleh pihak Google. Tahap penggunaan Android Oreo masih di lagi amat menyedihkan kerana hanya digunakan 0.7% peranti. Ini adalah peningkatan kecil dari 0.5% bulan lalu.
Marshmallow masih lagi sistem operasi paling popular dengan 28.6% diikuti oleh Nougat (26.3%) dan Lollipop (25.1%). Melalui Android Oreo, Google berharap proses kemaskini perisian akan dapat dilakukan dengan lebih pantas. Kejayaan Project Treble hanya akan dilihat pada tahun-tahun mendatang. Dengan penggunaan masih di bawah 1%, kadar adaptasi versi terkini Android ini masih amat perlahan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.