Peratusan Penggunaan Android Oreo Kini Di Tahap 0.5%

Peratusan Penggunaan Android Oreo Kini Di Tahap 0.5%

Diterbitkan pada Dis 12, 2017 oleh .

Kita sudah berada di penghujung tahun 2017 dan pada bulan Ogos yang lalu Android Oreo diperkenalkan secara rasmi. Selepas dua bulan tahap penggunaan Oreo masih lagi di tahap menyedihkan iaitu hanya 0.5%. Ini adalah peningkatan berbanding 0.3% pada bulan November yang lalu.

Marshmallow masih lagi sistem operasi paling popular dengan 29.7% diikuti oleh Lollipop (26.3%) dan Nougat (23.3%). Dengan Oreo, Google memperkenalkan Project Treble yang akan mempercepatkan proses kemaskini sistem operasi secara modular. Mungkin hanya selepas Oreo digunakan dengan lebih meluas, kadar penggunaan sistem operasi terkini Android dapat diselesaikan. Sebagai perbandingan iOS 11 yang dilancarkan lebih lewat dari Oreo kini sudah mencapai tahap penggunaan 59%.


TIPS & ULASAN