Peranti Realiti Maya Oculus Go Akan Dihasilkan Oleh Xiaomi Dan Menggunakan Snapdragon 821

Peranti Realiti Maya Oculus Go Akan Dihasilkan Oleh Xiaomi Dan Menggunakan Snapdragon 821

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

Peranti realiti maya kendiri Oculus Go diumumkan pada Oktober yang lalu oleh Mark Zuckerberg. Dengan Oculus Go, pengguna tidak lagi memerlukan sebuah PC seperti Oculus Rift. Dua maklumat baru mengenai Oculus Go dikongsikan hari ini di CES.

Oculus Go

Pertama sekali Oculus Go diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 821. Pemproses yang sudah berusia hampir dua tahun ini pernah digunakan pada Xiaomi Mi Mix dan LG G6. Tambah menarik ialah Oculus Go akan dihasilkan oleh Xiaomi. Untuk pasaran China, Xiaomi Mi VR Standalone akan dipasarkan dengan spesifikasi yang sama. Kerjasama Oculus dan Xiaomi ini tidak mengejutkan kerana timbalan presiden VR Facebook Hugo Barra sebelum ini bertugas di Xiaomi.


TIPS & ULASAN