Moto Mod Dengan Kekunci QWERTY Fizikal Dan Pengimbas Nadi Dilancarkan Motorola

Moto Mod Dengan Kekunci QWERTY Fizikal Dan Pengimbas Nadi Dilancarkan Motorola

Diterbitkan pada Jan 10, 2018 oleh .

Motorola meneruskan komitmen mereka kepada sistem aksesori modular hari ini dengan pelancaran dua Moto Mods baru. Moto Mod Livermorium Slider Keyboard akhirnya memberikan papan kekunci QWERTY fizikal kepada mereka yang merinduinya.

Apabila ingin digunakan, papan kekunci ini melungsur dari panel belakang. Di dalam mod menaip, skrin berada pada kedudukan 60 darjah dan ini mengingatkan kami kepada rekaan Nokia E7. Moto Mod ini pada asalnya hanya ditawarkan sebagai projek Indiegogo Mac lalu tetapi nampaknya Motorola akan menjualnya secara rasmi.

Lenovo Vital pula mempunyai sistem yang mengesan nadi, kadar pernafasan, Pulse Ox, suhu teras tubuh serta tekanan sistol/diastol darah yang tepat. Moto Mod Lenovo Vital akan mula dijual April pada harga $395 manakala Livermorium Slide Keyboard pula dijual pada harga $99 sebuah.


TIPS & ULASAN