Cari @ Amanz

Disamping pengenalan komputer baru, pihak Dell turut memperkenalkan perisian khusus yang hadir yang dinamakan sebagai Dell Mobile Connect dan akan hadir terbina pada komputr riba Dell seperti siri XPS, Vostro, Inspiron dan Alienware.

Dell Mobile Connect

Melalui Dell Mobile Connect, ia menyokong peranti Android dan iPhone – dimana menggunakan rangkaian Bluetooth dan WiFi, pengguna boleh membaca mesej, membuat panggilan, mengakses aplikasi dan sebagainya, terus melalui komputer mereka.

Dengan perisian ini, ia sekaligus memudahkan anda untuk kekal berhubung, dan pada masa yang sama memfokuskan kepada tugasan tanpa perlu melihat dua skrin berbeza pada sesuatu masa.

Selain Dell, pihak Samsung turut menawarkan ciri lebih kurang sama melalui Samsung SideSync.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd