HTC U11 Life Tidak Akan Memasuki Pasaran Malaysia
HTC

HTC U11 Life Tidak Akan Memasuki Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Jan 11, 2018 oleh .

HTC U11+ akhirnya dilancarkan di Malaysia hari ini. Peranti dengan skrin 18:9 ini dijual pada harga RM 3099. Di majlis pra-lihat HTC U11+ sebentar tadi, kami sempat mendapatkan komen dari pihak HTC mengenai HTC U11 Life.

Berita buruk bagi mereka yang menantikan peranti ini kerana U11 Life tidak akan dilancarkan di Malaysia. Pihak HTC Malaysia nampaknya hanya menumpukan perhatian kepada peranti utama.

HTC U11 Life dilengkapi skrin 5.2″ Super LCD HD penuh, dijana pemproses Snapdragon 630, memori sebesar 3/4GB dan storan 32/64 GB. Kamera utama adalah sebesar 16-Megapixel f/2.0 dan dipadankan dengan kamera hadapan 16-Megapixel f/2.0. Bateri sebesar 2600 mAh digunakan dengan sokongan pengecasan 10Wmelalui port USB-C. Sedikit aneh peranti yang mempunyai USB-C ini hanya menyokong format pengecasan QuickCharge 1.0.

Turut aneh ialah tiada bicu audio disertakan dan output audio adalah melalui port USB-C yang sama. Sepasang fon telinga U-Sonic disertakan dengan pembelian dan ia antara sebilangan peranti yang menggunakan Android One.


TIPS & ULASAN