Cari @ Amanz

Sejak minggu lepas, masalah kerentanan sekuriti Meltdown dan Spectre menjadi salah satu topik utama yang dibincangkan ramai. Seperti ramai sedia maklum, untuk kerentanan Spectre, ia membolehkan pengguna digodam atau diserang mengggunakan eksploit berasaskan JavaScript.

Sejak kerentanan ini dikenal-pasti, sejumlah pembangun pelayar web telah hadir dengan kemaskini untuk mengatasi masalah berkenaan, termasuk Firefox, Microsoft dan sebagainya.

Tencent Spectre

Kini, bagi anda menyemak sama ada pelayar web anda telah mengatasi masalah berkenaan atau sebaliknya, pihak Tencent menyediakan sebuah laman ringkas untuk menguji perkara berkenaan.

Anda boleh ke laman khusus Tencent xLab, dan menyemak pelayar web anda dengan hanya klik pada butang yang disediakan. Sekiranya pelayar web anda dilabelkan sebagai “Vulnerable”, maka ia bermakna pengodam boleh menyerang anda menggunakan eksploit JavaScript. Untuk mengatasinya, anda boleh menghalang sebarang skrip dijalankan secara automatik – sekaligus mengelak menjadi mangsa untuk sebarang jenis serangan eksploit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd