WhatsApp Payment Mungkin Diperkenalkan Seawal Bulan Hadapan

WhatsApp Payment Mungkin Diperkenalkan Seawal Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

WhatsApp sebelum ini telah sedia dilaporkan yang mana mereka akan mengintegrasikan ciri bayaran, dan memperkenalkannya secara terbina pada aplikasi permesejan bagi memudahkan untuk tujuan pembayaran dan penghantaran wang kepada rakan-rakan. Ciri ini dijangka diperkenalkan bermula dari India terlebih dahulu.

Terkini, laporan daripada Economic Times mengatakan yang mana WhatsApp mungkin memperkenalkan ciri WhatsApp Payment seawal bulan hadapan kelak.

WhatsApp Payments

WhatsApp Payment di India dijangka akan mengintegrasikan sokongan Unified Payments Interface, sekaligus menyokong sejumlah bank di sana. Buat masa ini, WhatsApp sedang mengujinya dalam bentuk beta di India.

Dengan populariti WhatsApp yang tinggi, pengintegasian ciri pembayaran dijangka akan membawa kepada penggunaan yang tinggi – sekaligus membawa setapak lagi kehadapan dalam arena transaksi digital.

Buat masa ini, WhatsApp dilihat memfokuskannya untuk pasaran India terlebih dahulu dan mungkin memperluaskannya ke negara-negara lain secara berperingkat selepas itu.

Selain WhatsApp, pihak Facebook turut mengintegrasikan sokongan pembayaran pada Facebook Messenger – selain pesaing mereka, WeChat turut menawarkan sokongan WeChat Pay melalui aplikasi mudah-alih mereka.


TIPS & ULASAN