Ericsson : Rangkaian 5G Dijangka Digunakan Meluas Di Malaysia Menjelang 2022/23

Ericsson : Rangkaian 5G Dijangka Digunakan Meluas Di Malaysia Menjelang 2022/23

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

Rangkaian 5G kini telah menjadi bualan mulut ramai pihak, dan terdapat beberapa negara yang menyasarkan penggunaannya untuk dimulakan pada 2019 atau 2020 kelak. Menyentuh mengenainya, kini Ericsson (Malaysia) menyasarkan yang mana rangkaian 5G akan mula diimplementasi di Malaysia dalam tempoh kurang 5 tahun lagi, dan digunakan secara meluas sekitar 2022-2023 kelak.

Seperti biasa, pengenalan rangkaian 5G dijangka dilakukan secara berperingkat memandangkan ia memerlukan penaik-tarafan dari segi infrastruktur selain turut memerlukan peranti yang menyokongnya.

Buat masa ini, beberapa syarikat telah mula menguji dan mempelajari beberapa perkara mengenai implementasi rangkaian 5G di Malaysia, termasuk Celcom.

Sebelum ini, Maxis telah menjadi terawal memperkenalkan rangkaian 4G di Malaysia pada 2013 yang lepas, dan semestinya kini dengan rangkaian 5G, ia akan menyaksikan pelbagai syarikat bersaing antara satu sama lain untuk memperkenalkan rangkaian 5G di Malaysia.


TIPS & ULASAN