Carian
Vivo V7 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM999
January 19, 2018 Aman

Vivo Malaysia sebelum ini telah melancarkan Vivo V7 pada November 2017 lepas pada harga RM1299. Selepas beberapa minggu pengenalannya, mereka telah mengurangkan harga jualan kepada RM1199. Kini, dengan persaingan sengit dalam arena peranti mudah-alih, Vivo kini telah mula menawarkan Vivo V7 pada harga serendah RM999.

Vivo V7 hadir dengan fokus terhadap kamera selfie, dimana ia menyertakan kamera hadapan 24-megapixel dengan sejumlah ciri-ciri selfie menarik seperti Face Beauty dan sebagainya. Melengkapkan peranti ini juga adalah rekaan skrin 18:9 yang menjadi trend ramai pengeluar masa kini.

Dari segi spesifikasi, Vivo V7 dengan skrin 5.7-inci pada resolusi 720p, cip Snapdragon 450, memori 4GB RAM, ruangan storan 32GB, dan kamera belakang 16-megapixel. Ia turut dilengkapi sistem operasi Android 7.1 dengan antaramuka FunTouch, serta bateri berkapasiti 3000mAh.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini hari ini pada harga RM999. Selain Vivo V7, pihak Vivo Malaysia turut menawarkan diskaun untuk Vivo V7+ dimana ia kini ditawarkan pada harga RM1399.

Komen