Carian
DJI Mavic Air Diperkenalkan – Dron Boleh-Lipat Dengan Sokongan Rakaman 4K
January 24, 2018 Aman

DJI hari ini telah memperkenalkan dron terbaru mereka, dinamakan sebagai DJI Mavic Air. Dron terbaru ini membawakan rekaan dron boleh-lipat yang ditambah-baik berbanding Mavic Pro sebelum ini, tetapi pada harga jualan yang lebih mesra poket berbanding dengan Mavic Pro.

DJI Mavic Air membawakan sedikit elemen rekaan seumpama Mavic Pro dan Spark sebelum ini, tetapi ia kini lebih kompak dan ringan – sekaligus memudahkan anda membawanya kemana-mana dengan mudah.

DJI Mavic Air

DJI Mavic Air

DJI Mavic Air hadir dengan sokongan kamera yang mampu merakamkan gambar pada resolusi 12-megapixel, atau turut merakamkan video 4K pada kadar 30fps. Dari segi masa penerbangan, DJI mengatakan ia mampu terbang selama 21 minit dengan pengecasan penuh bateri pada dron berkenaan. Penggunaan gimbal kamera 3-axis juga turut menjadikan rakaman lebih jelas dan stabil.

DJI mengatakan mereka telah menambah-baik rekaan dron tersebut, sekaligus menawarkan pengudaraan yang baik. Ini sekaligus mengelak dron menjadi panas dengan cepat ketika penerbangan. Sokongan perisian yang ditawarkan turut menawarkan lebih kemudahan untuk kawalan penerbangan, selain sistem mengelak halangan yang lebih dikemaskini.

Dengan pengenalan dron terbaru ini, ia meletakkan Mavic Air sebagai dron pertengahan, jikalau dibandingkan Mavic Pro yang lebih tinggi dan mahal harganya, dan Spark yang sedikit murah harganya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah DJI Mavic Air akan memasuki pasaran tempatan. Di Amerika Syarikat, ia akan dijual pada harga $799 (~RM3137) bermula penghujung Januari 2018 ini.

Komen