Speaker Pintar Apple HomePod Akan Mula Dijual 9 Februari Ini
January 24, 2018
Apple
Effi Saharudin
Apple menerjah ke dalam dunia speaker pintar pada bulan Jun yang lalu dengan memperlihatkan HomePod. Pembesar suara ini ialah jawapan Cupertino ke atas Google Home dan Amazon Echo. Seperti dua speaker pintar pesaing, HomePod turut akan menyokong sistem pembantu maya dengan menggunakan Siri.

Pengumuman penangguhan jualan HomePod diumumkan November lalu. Kini selepas berbulan ditangguh, Apple mengesahkan HomePod akan akhirnya dijual bermula 9 Februari pada harga $349 (~RM 1367) sebuah. Ia terlebih dahulu akan dijual di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Sekitar bulan April ia akan dijual di Perancis dan Jerman.
https://www.youtube.com/watch?v=1hw9skL-IXc
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.