Data Percuma 20GB Untuk Unifi Mobile Hanya Terhad Untuk 1 Juta Kad-SIM Pertama

Data Percuma 20GB Untuk Unifi Mobile Hanya Terhad Untuk 1 Juta Kad-SIM Pertama

Diterbitkan pada Jan 24, 2018 oleh .

Telekom Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan Unifi Mobile kepada pengguna umum, iaitu penawaran perkhidmatan jalur-lebar mudah-alih LTE yang menggantikan penawaran Webe sebelum ini. Melalui Unifi Mobile, ia memfokuskan kepada perkhidmatan telekomunikasi digital, dimana pengguna boleh memuat-turun aplikasi khusus untuknya dan membuat pendaftaran untuk kad-SIM.

Untuk tempoh pengenalan ini, Telekom Malaysia menawarkan ganjaran berbentuk 20GB data LTE secara percuma untuk para pengguna, dan berkongsi lanjut mengenainya hari ini, TM mengatakan ia terhad kepada 1 juta kad-SIM pertama. Disamping itu, ia hanya ditawarkan untuk mereka yang mendaftar sebelum 31 Mac 2018 sahaja (atau sehingga promosi habis).

Disamping itu, untuk tempoh promosi ini juga, kad-SIM ditawarkan secara percuma. TM mengatakan selepas tempoh promosi ini, ia akan ditawarkan pada harga RM10.

Unifi Mobile

Unifi Mobile menawarkan perkhidmatan tanpa tarikh luput, tetapi pengguna perlu memastikan akaun mereka aktif untuk tempoh setiap 90 hari. Untuk penambahan nilai, anda boleh lakukannya pada harga bermula RM13 untuk 1GB internet asas, sehingga kepada 8GB untuk RM50.
8GB (4GB LTE + 4GB 3G/LTE) pada harga RM50
4GB (2GB LTE + 2GB 3G/LTE) pada harga RM30
2GB (1GB LTE + 1GB 3G/LTE) pada harga RM15
1GB internet asas (1GB 3G/LTE) pada harga RM13

Bagi pelan panggilan dan SMS pula, anda boleh menambahnya pada harga bermula RM10 untuk 60 minit panggilan dan 60 SMS.
200 minit + 200 SMS untuk RM30
60 minit + 60 SMS untuk RM10

Jika anda berminat, anda boleh melakukan tempahan kad-SIM ini bersama 20GB data percuma untuk tempoh promosi ini bermula hari ini menggunakan aplikasi mudah-alih di Android dan iOS.

Unifi Mobile

Unifi Mobile

Layari : Unifi Mobile FAQ

Muat-Turun Unifi Mobile untuk iOS

Muat-Turun Unifi Mobile untuk Android


TIPS & ULASAN