Cari @ Amanz

WhatsApp Business merupakan perkhidmatan permesejan yang diperkenalkan oleh WhatsApp pada pertengahan bulan ini, yang mana membolehkan para perniagaan dan jenama menggunakannya untuk berhubung kepada pelanggan melalui aplikasi permesejan popular. Selepas diperkenalkan di beberapa buah negara sebelum ini, hari ini pihak WhatsApp turut memperkenalkan WhatsApp Business untuk pengguna di Malaysia.

WhatsApp Business hanya ditawarkan untuk Android sahaja buat masa ini, dimana anda boleh mendaftarkan akaun hari ini menggunakan aplikasi berkenaan dan membuat profil perniagaan anda tersendiri.

Sebaik sahaja selesai melakukannya, anda boleh menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi dengan pelanggan lain menggunakan aplikasi permesejan berkenaan.

Untuk makluman, buat masa ini anda tidak boleh mendaftar menggunakan nombor telefon sedia ada di WhatsApp Messenger. Tetapi, sekiranya anda memilih untuk melakukannya, anda akan diberikan pilihan untuk beralih ke WhatsApp Business dan mencipta profil umum untuknya.

Bagi anda yang mempunyai perniagaan sendiri, anda boleh memuat-turun WhatsApp Business dan mencipta akaun profil perniagaan anda sendiri secara percuma hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd