Oppo Memfailkan Sebuah Lagi Paten Untuk Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat

Oppo Memfailkan Sebuah Lagi Paten Untuk Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat

Diterbitkan pada Jan 30, 2018 oleh .

Tahun lalu skrin nirbingkai mendominasi trend rekaan dan tahun ini skrin boleh lipat diramal akan menjadi trend terkini. Sehingga kini masih tiada pengeluar yang menghasilkan peranti dengan skrin boleh lipat sebenar. ZTE Axon M yang dilancarkan tahu lalu tidak jatuh ke dalam kategori ini kerana menggunakan dua skrin pada sebuah peranti.

Samsung dijangka melancarkan “Galaxy X” dengan rekaan skrin boleh lipat mereka tahun ini. Tetapi Oppo tidak mahu ketinggalan di dalam menghasilkan peranti dengan rekaan yang sama. Mereka telah mempatenkan sebuah lagi rekaan peranti dengan skrin boleh lipat. Berbeza dengan paten pertama mereka yang ditemui November lalu, kali ini skrin melipat ke sisi seperti sebuah buku.

Apabila di dalam kedudukan terbuka, peranti ini berubah menjadi sebuah tablet mini. Paten yang difailkan turut menunjukkan penggunaan sistem dwi-kamera. Adakah rekaan skrin boleh lipat bakal mendapat sambutan? Jawapan hanya akan diketahui apabila peranti pertama dilancarkan.


TIPS & ULASAN