Oppo Turut Mempatenkan Rekaan Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat

Oppo Turut Mempatenkan Rekaan Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat

Diterbitkan pada November 2, 2017 oleh .

Oppo ialah jenama yang amat popular di Malaysia dengan iklan mereka boleh ditemui di seluruh pelosok tanah air. Kepopularan ini adalah kerana promosi serta peranti yang berfungsi dengan baik. Seperti pengeluar peranti yang lain, Oppo telah mengikut trend semasa dengan melancarkan peranti nirbingkai Oppo F5 di Malaysia hari ini. Seterusnya mereka mungkin akan melancarkan peranti dengan skrin lipat.

Sebuah paten untuk peranti skrin lipat telah dipatenkan oleh syarikat ini. Rekaanya berbeza dengan yang digunakan pada ZTE Axon M dan Samsung Galaxy X. Mekanisme melipat menolehkan bahagian atas peranti dilipat ke belakang. Kamera selfie akan berubah menjadi kamera belakang apabila di dalam mod ini. Skrin peranti menjadi lebih kecil dan bukannya membesar seperti ZTE Axon M. Sebelum ini Oppo pernah menunjukkan prototaip peranti skrin boleh lipat mereka.

Paten ini mungkin petanda prototaip masih lagi diusahakan dan mungkin akan menjadi peranti sebenar. Pada hemat kami rekaan ini kurang praktikal jika dibandingkan dengan sistem kamera berputar yang ditemui pada Oppo N1.


TIPS & ULASAN