Cari @ Amanz

Nokia 3310 2017 yang dilancarkan tahun lalu di Malaysia mengecewakan kerana ia hanya menyokong rangkaian 2G. Di beberapa negara seperti Singapura rangkai 2G telahpun dihentikan sokongannya. Bagi menjadikan peranti lebih serasi dengan rangkaian terkini, Nokia 3310 4G telah dilancarkan di China dengan menggunakan sistem operasi YunOS.

Ini ialah sistem operasi yang merupakan cabang kepada Android AOSP tetapi tidak boleh menggunakan aplikasi Android. Dari segi spesifikasi peranti ini dilengkapi skrin 2.4 inci (320×240 pixel), memori sebesar 256MB RAM, storan sebesar 512MB (sokongan kad mikroSD sehingga 64GB), kamera sebesar 2-Megapixel dan bateri sebesar 1200 mAh.

Bateri yang kecil ini mampu memberikan tempoh penggunaan peranti sehingga 12 hari atau bercakap selama 15 jam. Ia akan mula dijual di China pada bulan Februari tetapi harga masih belum diumumkan buat masa ini.

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd