WhatsApp Mempunyai Lebih 1.5 Bilion Pengguna Aktif – 60 Bilion Mesej Dihantar Setiap Hari

WhatsApp Mempunyai Lebih 1.5 Bilion Pengguna Aktif – 60 Bilion Mesej Dihantar Setiap Hari

Diterbitkan pada Feb 1, 2018 oleh .

Facebook hari ini telah berkongsi beberapa statistik menarik, dan salah satu platform dibawah mereka adalah WhatsApp. Berkongsi mengenai aplikasi permesejan berkenaan, kini WhatsApp dikatakan mempunyai 1.5 bilion pengguna aktif bulanan, dan lebih 60 bilion mesej dihantar melalui perkhidmatan berkenaan setiap hari.

Angka ini boleh dikatakan meningkat secara drastik dari hari ke hari, dan merupakan salah satu pengambil-alihan yang berbaloi untuk Facebook.

Seperti ramai sedia maklum, Facebook telah mengambil-alih WhatsApp pada 2014 yang lepas pada nilai mencapai $19 bilion. Ketika itu, ramai yang memberikan reaksi berbeza-beza, tetapi terbukti perjudian Mark Zuckerberg berhasil apabila kini WhatsApp mencatatkan angka penggunaan yang tinggi dari hari ke hari.

Selain permesejan, WhatsApp juga mempunyai ciri WhatsApp Status yang digunakan lebih ramai berbanding Snapchat Stories, selain baru-baru ini telah melancarkan WhatsApp Business bagi membolehkan syarikat, perniagaan dan jenama menggunakan WhatsApp sebagai platform untuk khidmat sokongan.


TIPS & ULASAN