Cari @ Amanz

Selepas hilang seketika semalam, hari ini aplikasi Telegram Messenger diterbitkan kembali di App Store, sekaligus membolehkan pengguna peranti seperti iPhone dan iPad untuk memuat-turun dan mendapatkannya.

Semalam, aplikasi Telegram Messenger ini dibuang sementara daripada App Store, dan ia dikatakan disebabkan oleh ia tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Apple. Apakah peraturan spesifik yang dilanggar tidak diumumkan.

Pengasasnya telah mengatakan semalam yang mana mereka akan membaikinya dan menerbitkan kembali di AppStore, dan nampaknya mereka bergerak pantas – selain pihak Apple sendiri yang dilihat telah mengesahkan aplikasi berkenaan dengan pantas.

Bagi anda yang ingin memuat-turun aplikasi Telegram Messenger, anda boleh melakukannya hari ini di AppStore.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd