Apple Kini Mempunyai Lebih 1.3 Bilion Peranti Aktif Di Seluruh Dunia

Apple Kini Mempunyai Lebih 1.3 Bilion Peranti Aktif Di Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Feb 2, 2018 oleh .

Bersama-sama pengumuman penyata kewangan terkini, Apple turut mengatakan yang mana kini mereka mempunyai lebih 1.3 bilion peranti aktif yang digunakan ramai di seluruh dunia.

Angka ini meliputi peranti seperti iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan juga iPod Touch. Pada suku tahun lepas sahaja, Apple telah menjual sekitar 77.3 juta iPhone, 5.1 juta Mac dan 13.2 juta iPad.

Daripada angka terkini yang dikeluarkan ini, ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 30% berbanding dua tahun lepas.

Angka ini dijangka akan terus meningkat dari hari ke hari, walaupun ia menerima saingan sengit daripada pengeluar peranti Android dan juga Windows.


TIPS & ULASAN