Cari @ Amanz

Seperti kami laporkan semalam, Apple berjaya menjual 77.3 juta iPhone pada suku ke-empat 2017. Ini meletakkan mereka di tangga teratas pengeluar dengan jualan tertinggi pada suku tersebut. Walaupun jualan sedikit berbanding suku yang sama 2016, Apple masih di hadapan Samsung dan Huawei yang turut mencatatkan kemerosotan jualan peranti.

Tetapi menurut data yang dikongsi oleh Strategy Analytics, Samsung masih lagi di merupakan pengeluar dengan pegangan pasaran terbesar sepanjang 2017 dengan 21.2%. Ini adalah peningkatan berbanding 20.8% tahun lalu. Apple di tangga kedua dengan 14.3%, sedikit menurun dari 14.5% tahun lalu.

Seterusnya diikuti oleh Huawei (10.1%), Oppo (7.8%) dan Xiaomi (6.1%). Xiaomi mencatatkan peningkatan pegangan pasaran tertinggi sebanyak 2.2% berbanding 2016. Secara keseluruhan pasaran peranti pintar tahun lalu meningkat hanya 1.3%.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd