Carian
Prototaip Teksi Terbang Airbus Berjaya Melakukan Penerbangan Pertama
February 4, 2018 Effi Saharudin

Airbus mengumumkan projek pembangunan teksi terbang mereka pada Ogos 2016. Projek Vahana ini mampu terbang secara menegak dan membawa seorang penumpang. Setelah lebih setahun diumumkan, teksi swaterbang ini telah berjaya melakukan penerbangan pertamanya minggu lalu.

Penerbangan ujian dilakukan tanpa pemandu di dalam kokpit dan bertahan selama 53 saat. Pada waktu tersebut, pesawat dengan gelaran Alpha One ini berjaya terbang setinggi 5 meter. Lapan motor elektrik digunakan bagi menerbangkan prototaip ini. Selain Vahana terdapat juga projek teksi terbang Volocopter yang turut telah berjaya melakukan ujian penerbangan.

Komen