Cari @ Amanz

Tiga puluh tahun yang lalu apabila menonton siri fiksyen sains, kota London. New York dan Tokyo kerap dipaparkan sebagai bandar termoden di dunia. Kenderaan swaterbang memenuhi angkasa dengan robot melalukan tugas remeh manusia. Tetapi kita kini di tahun 2017 dan bandar yang paling moden di dunia ialah Dubai. Sesuai dengan statusnya sebagai bandar futuristik, perkhidmatan teksi swaterbang telah dilakukan minggu ini.

Pesawat swaterbang Volocopter menjadi tulang belakang kepada ujian perkhidmatan Autonomous Air Taxi (AAT). Teksi Volocopter mampu membawa dua penumpang secara automatik dengan kelajuan mencecah 100 km/j dan tempoh penerbangan sehingga 30 minit. Setiap Volocopter dilengkapi 18 kipas yang digerakkan oleh motor elektrik sepenuhnya,

Dubai mensasarkan menjelang 2030, 25% perjalanan di bandaraya ini akan dilakukan oleh kenderaan dengan sistem pemanduan automatik. Minggu lalu sebanyak 50 kereta Tesla telah diubahsuai menjadi teksi di Dubai. Dengan penggunaan kenderaan elektrik dan sistem swapandu, pencemaran dapat dikurangkan sesuai dengan syariat Islam yang mementingkan kebersihan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd