Carian
Rekaan Dan Spesifikasi Nokia 7 Plus Tertiris
February 5, 2018 Effi Saharudin

Tinggal lebih kurang dua minggu lagi sebelum bermulanya acara WMC di Barcelona. Nokia ialah antara pengeluar yang mengesahkan kehadiran mereka dan bakal melancarkan peranti baru. Salah satu peranti yang mungkin dilancarkan ialah Nokia 7 Plus. Rekaan serta spesifikasi peranti ini telahpun tertiris hujung minggu yang lalu.

7-Nokia 7 Plus dilengkapi skrin 6 inci dengan nisbah skrin 18:9, dijana pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB. Sistem dwi-kamera 12+13 Megapixel menggunakan lensa Zeiss pada bahagian belakang dan 16-Megapixel f/2.0 pada bahagian hadapan. Peranti Android Oreo ini turut dilengkapi port pengecasan USB-C.

Komen