Carian
Jabatan Polis New York Mula Menggantikan Peranti Microsoft Lumia Dengan iPhone 7
February 6, 2018 Effi Saharudin

Ogos lalu Jabatan Polis New York mengumumkan program menggantikan peranti Microsoft Lumia milik anggota mereka dengan iPhone. Sebanyak 36,000 unit Microsoft Lumia 80 dan Lumia 640 XL mula digantikan dengan iPhone 7 dan 7 Plus bermula minggu ini.

Apple iPhone 7

Sebanyak 600 peranti akan digantikan setiap hari secara berperingkat. Peranti lama terpaksa digantikan kerana tiada lagi sokongan untuk sistem operasi Windows Phone 8.1. Peranti pintar diberikan kepada anggota bagi memudahkan mereka melihat rekod jenayah, memeriksa latar belakang suspek, mendengar panggilan kecemasan dan mengakses video litar pintar ketika bertugas. Kos menggantikan peranti adalah percuma kerana kerjasama dengan syarikat telekomunikasi AT&T.

Komen