Roket Falcon Heavy Berjaya Melakukan Pelancaran Sulung

Roket Falcon Heavy Berjaya Melakukan Pelancaran Sulung

Diterbitkan pada Feb 7, 2018 oleh .

Dalam dunia Marvel wujud watak Tony Stark yang merupakan hartawan pintar yang juga adiwira berbaju zirah. Di dalam filem yang dikeluarkan Marvel, watak Tony Stark mendapat inspirasi dari hartawan pintar sebenar Elon Musk.

Hari ini Space X, syarikat milik beliau berjaya melancarkan Falcon Heavy yang kini memegang takhta sebagai roket paling berkuasa yang masih beroperasi. Roket paling berkuasa pernah dihasilkan ialah Saturn V yang digunakan untuk tujuh misi ke bulan NASA tetapi telah ditamatkan perkhidmatan sejak 1973.

Dalam pelancaran sulung ini, Falcon Heavy membawa kargo dalam bentuk kereta TESLA Roadster milik Musk ke planet Marikh. Falcon Heavy menggabungkan tiga roket Falcon 9 yang boleh mendarat semula ke bumi secara automatik selepas usai melancarkan kargo. Kejayaan ujian ini akan menjadikan impian Musk untuk mengkoloni planet Marikh semakin hampir menjadi nyata.

Namun pelancaran pertama ini tidak berjalan dengan sempurna. Hanya dua daripada tiga Falcon 9 yang digunakan berjaya mendarat semula dengan selamat. Roket ketiga terhempas ke permukaan laut ketika dalam perjalanan ke platform pendaratan. Pada waktu yang sama Elon Musk mengumumkan kerana kesilapan pada peringkat terakhir, kereta beliau akan terlepas orbit planet Marikh, Akibatnya kereta beliau kini dalam perjalanan ke sabuk asteroid yang terletak di-antara Marikh dan Musytari.


TIPS & ULASAN