Asus Zenfone 5 Juga Mungkin Mempunyai Takuk Seperti iPhone X

Asus Zenfone 5 Juga Mungkin Mempunyai Takuk Seperti iPhone X

Diterbitkan pada Feb 8, 2018 oleh .

Dari ruangan komen kami mendapati ramai pembaca Amanz kurang menggemari kewujudan takuk pada skrin iPhone X. Tetapi kerana kepopularan peranti ini, skrin bertakuk mula ditemui pada peranti Android keluaran China. Menurut @rquandt yang merupakan peniris maklumat yang terkemuka, Asus Zenfone 5 juga akan mengikut trend ini.

Siri telefon pintar Zenfone ini dijadualkan pelancarannya pada MWC 2018 dan seperti tahun sebelum ini mungkin hadir dengan model Pro, Max dan Selfie. Sebelum ini rekaan Asus Zenfone 5 telah tertiris dengan skrin 18:9. Dengan maklumat terbaru ini, besar kemungkinan rekaan yang tertiris ini adalah versi Max dan bukannya Pro kerana tidak mempunyai takuk pada bahagian atas skrin.


TIPS & ULASAN