WhatsApp Payment Mula Diperkenalkan Untuk Pengguna Di India

WhatsApp Payment Mula Diperkenalkan Untuk Pengguna Di India

Diterbitkan pada Feb 8, 2018 oleh .

WhatsApp telah membangunkan dan menguji WhatsApp Payment sejak daripada tahun lepas, dan kini mereka dilihat telah mula memperkenalkan sokongan berkenaan untuk para pengguna secara berperingkat – di India.

WhatsApp sebelum ini turut menguji perkhidmatan panggilan audio mereka di India terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke negara-negara lain, dan mungkin kita akan melihat perkara sama untuk WhatsApp Payment. Hal ini mungkin angka pengguna yang ramai di negara berkenaan, sekaligus memudahkan mereka menerima maklumbalas dan sebagainya.

WhatsApp Payment

WhatsApp Payment menggunakan sokongan Unified Payments Interface, sekaligus menyokong pelbagai bank di India buat masa ini. Menggunakannya, ia memudahkan anda menghantar dan menerima duit dengan mudah melalui aplikasi berkenaan.

Dengan integrasi ini juga, ia dijangka mengalakkan lagi transaksi nirtunai di India.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah WhatsApp akan memperluaskan penawaran sama untuk pengguna di negara-negara lain, termasuk Malaysia.


TIPS & ULASAN