Cari @ Amanz

Google pada hari ini mempunyai beberapa perkhidmatan permesejan, dimana antaranya adalah Hangouts, Allo dan juga Android Messages. Hangouts dan Allo sedia ditawarkan untuk akses melalui web, dan kini ia dilihat Android Messages mungkin menawarkan ciri lebih kurang sama.

Android Messages merupakan aplikasi permesejan dengan sokongan RCS – dimana ia mengintegrasikan sokongan SMS, permesejan berkumpulan, penghantaran kandungan multimedia dan sebagainya melaluinya. Beberapa pengeluar peranti Android sedia menggunakannya dan mengintegrasikannya pada peranti mereka – seperti Huawei dan lain-lain.

Android Messages

Kini, melalui kod pembangunan yang ditemui oleh Android Police, ia dilihat Google mungkin turut memperkenalkan sokongan menghantar mesej melalui web untuk Android Messages.

Seperti pada WhatsApp Web, pengguna perlu mengimbas kod QR, dan seterusnya boleh menghantar dan menerima mesej terus menggunakan desktop dengan mudah.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkannya secara rasmi – atau sekadar ujian semata-mata buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd