Di masa hadapan penghantaran dron jarak dekat akan dilakukan menggunakan dron. Setiap rumah akan mempunyai tempat pendaratan dron dan masalah bungkusan perlu di ambil dari pejabat kerana anda tiada di rumah akan berakhir. Singapura adalah antara negara yang mempunyai perancangan masa hadapan penggunaan dron secara massal. Minggu lalu ujian dron Airbus Skyways berjaya dilakukan di negara Singa Selatan.
Skyways ialah dron penghantar bungkusan yang mampu membawa kargo dengan berat sehingga 4 kilogram. Ia bukan sahaja mampu swaterbang, malahan proses memasukkan bungkusan ke dalam ruang kargo dijalankan tanpa campur tangan manusia. Penerbangan ujian dilakukan di dalam perkarangan National University of Singapore (NUS).
Sistem Skyways akan diuji oleh kakitangan dan pelajar NUS di dalam kawasan kampus untuk penghantaran barangan sepanjang tahun ini bagi melihat kebolehgunaannya di dunia sebenar. Selain NUS, ujian penggunaan dron untuk penghantaran di Singapura juga pernah dilakukan oleh Singpost dan Food Panda.