LG Dilaporkan Akan Hanya Melancarkan Peranti Utama Pada Bulan Jun
LG

LG Dilaporkan Akan Hanya Melancarkan Peranti Utama Pada Bulan Jun

Diterbitkan pada Feb 17, 2018 oleh .

Seperti HTC, LG juga tidak mempunyai nasib yang baik. Kerana kekurangan sambutan mereka telah menarik diri dari pasaran China. Malahan di Malaysia peranti LG V30 yang menerima banyak pujian tidak pernah dilancarkan secara rasmi. Bagi mereka yang menantikan peranti utama terbaru dari syarikat Korea Selatan ini, mereka perlu menanti sehingga Jun.

Menurut laporan Venture Beat, pelancaran pada bulan Jun berlaku kerana LG dipercayai memulakan semula rekaan peranti yang menggunakan kod nama Judy. Ini ialah peranti yang pada awalnya dipercayai adalah G7 tetapi nama ini mungkin tidak digunakan.

Ura-ura lain yang didengari ialah ia dilengkapi skrin 6.1 inci 18:9 berteknologi MLCD+ yang mampu memberikan keterangan sehingga 800 nits. Pemproses Snapdragon 845 memperkasakan peranti dengan memori sebesar 4GB RAM dan storan 64 GB. Kamera utama pula sebesar 16-Megapixel yang akan menyokong sistem kecerdasan buatan Vision AI.


TIPS & ULASAN