Carian
LG
LG Dilaporkan Memulakan Semula Pembangunan LG G7 Dari Awal
January 16, 2018 Aman

CEO LG pada acara CES 2018 telah mengatakan mereka tidak lagi akan mengeluarkan telefon pintar baru setiap tahun seumpama pesaing mereka, sebaliknya akan lebih memfokuskan pembangunan dan penawaran untuk jangka masa sedikit panjang.

Kini, lanjutan daripadanya, laporan awal daripada The Investor hadir hari ini mengatakan yang mana CEO LG telah mengarahkan supaya syarikat mereka memulakan semula pembangunan generasi seterusnya untuk LG G6 daripada fasa awal.

LG G6

Dengan perubahan ini, sekiranya ia benar, maka kita mungkin akan melihat pengenalan LG G7 atau apa sahaja yang ia dinamakan kelak hadir sedikit lewat berbanding latar masa awal sekitar Mac atau April.

Pesaing terdekat LG, iaitu Samsung dilihat menyasarkan bulan Februari ini untuk melancarkan Galaxy S9. Dengan penangguhan pihak LG ini, sama-sama kita nantikan dan berharap agar mereka hadir dengan ciri menarik yang mampu menguntungkan kembali bahagian telefon pintar LG berkenaan.

Komen