Cari @ Amanz

Google pada minggu lepas telah membuang butang “View Image” pada Google Image Search, sekaligus membuatkan ramai pengguna yang kurang mengemari perkara berkenaan. Walaupun membuangnya, pengguna masih mempunyai alternatif seperti klik-kanan pada gambar untuk menyimpannya – atau melayari laman asal gambar berkenaan untuk melihatnya.

Kini, selain daripadanya, pembangun bebas turut hadir dengan pemalam khusus untuk Google Chrome dan Firefox yang menambah ciri berkenaan.

Google Image View Button

Melalui pemalam percuma yang ditawarkan ini, anda hanya perlu memasangnya pada Google Chrome atau Firefox. Seterusnya, apabila anda melayari kembali laman Google Image Search, dan membuat carian, anda akan melihat fungsi “View Image” kembali dipaparkan seperti sebelumnya.

Bagi anda yang merindui butang “View Image” pada carian gambar di Google, boleh menambahnya hari ini melalui penawaran pemalam ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd